Catatan

Urusan Geran-Puspakom

Imej
   Hari ini aku ke JPJ cawangan yang terdekat dari kediamanku. Ada urusan dengan geran. Nak ambil salinan pendaftaran kenderaan untuk tujuan puspakom. Puspakom tak nak terima yang original dari pihak bank. Pihak Puspakom nak kan salinan geran yang terkini, disebabkan oleh kereta dah berstatus e-hailing.      Ramai juga orang beratur hari ini rupanya. Disebabkan masih dalam fasa PKPP lagi, jarak sosial kena jaga. Tunggu nak sampai ke kaunter ambil nombor sahaja dah ambil masa 1 jam. Nasib baiklah ada kerusi di sediakan oleh pihak JPJ. Boleh lah duduk. Bila punggung dah terasa panas tu berdiri lah sekejap.           Sampai saja giliran aku di kaunter nak ambil nombor, pegawai tu tanya lah nak buat apa. Aku pun jawablah nak mohon salinan geran untuk Puspakom. Pegawai tu tanya lagi, kereta atas nama siapa pula? Bila aku jawab atas nama orang rumah, pegawai tu terus bagi tahu, wakil tak boleh ambil. Kena juga tuan punya nama datang ambil.     Akupun tanya balik la, kenapa dalam borang tu, w

Aku Sebagai Pemandu E-hailing

       Pertama kali aku bekerja sebagai seorang pemandu e-hailing pada tahun 2018. Aku mula menetapkan targetku,berapa profit yang aku harus dapat dalam sehari -hari. Kadang - kadang aku tersenyum sendiri dalam angan - anganku. RM,RM,RM.... Dalam hatiku dapat juga buat simpanan untuk anak - anak.            Selepas mendaftar, aku pun mula memandu kereta yang aku sewakan dari orang tersayang. Sewa kereta dari orang tersayang ni, senang sikit daripada menyewa kereta orang lain. Mula - mula dapatlah kerja yang kecil- kecil sebelum dapat kerja dari jerung.      Memang seronok membawa dan menghantar orang ni. Tapi kena tahu jalan je. Aku pun ikut syok juga. Layan je lah kerenah- kerenah penumpang ni. Kalau ada sesiapa yang tak biasa memandu lama, aku sarankan kau orang rehatlah sebentar - sebentar. Penat kerja memandu ni. Tapi bagi aku yang sudah biasa memandu ni, dah biasa memandu lama. Hidupkan enjin kereta, kadang - kadang sampai 3 -4 jam memandu tanpa henti.      Penat memang terasa bil

Daftar Grab Driver Di Malaysia Dengan Mudah Secara Online 2020

Imej
Kat sini aku nak bagi tips sikit cara- cara bagaimana nak isi borang  pemandu Grab secara online tanpa perlu ke GDC. Alahai, mula aku nak jadi driver Grab dulu pun aku isi borang sendiri. Daftar Grab Driver Di Malaysia Dengan Mudah Secara Online  2020 Mulai 2020, anda boleh  daftar Grab Driver  secara online di Malaysia tanpa perlu hadir ke Grab GDC atau Grab Kiosk.  Semua pemandu Grab WAJIB mempunyai  Lesen PSV  .Pendaftaran adalah PERCUMA. TIDAK  ADA sebarang pembayaran. Ok. Syarat-Syarat Pendaftaran  Grab Driver : Memiliki kereta tahun 2011 ke atas dan mestilah mempunyai 4 pintu. Warganegara Malaysia berumur 21-tahun ke atas. Pemilik MyKad Biru sahaja (MyTentera / MyPR tidak diterima) Lesen Memandu D/DA                   (Lesen P tidak layak) Lesen PSV(Public Service Vehicle) Handphone Android atau iPhone    *Bagi anda yang tidak mempunyai kereta, anda bolehlah mohon kereta sewa untuk buat Grab. Dokumen  yang diperlukan Semasa  Pendaftaran Grab Driver Sila rujuk contoh gambar di  Pe